Halaman

Isnin

MEMASANG TINGKAT, PINTU DAN SLIDING

Assalam dan selamat sejahtera.

Tukang tile hampir 90% menyudahkan pemasangan di dalam dan di luar rumah. Dalam masa yang sama tukang yang memasang papan lantai memulakan pemasangan pintu dan tingkap. Untuk makluman rakan-rakan yang melayari blog ini, kos pemasangan tingkap, pintu serta pagar varandah adalah di bawah perjanjian dengan tukang rumah yang awal. Namun begitu, kami terpaksa memutuskan utntuk tidak meneruskannya kerana ada masalah teknikal yang sukar nak kami ceritakan di sini dan mungkin boleh menyebabkan aib seseorang.

Oleh itu, kami mengupah Baha iaitu tukang yang memasang papan lantai dengan kadar RM2800 termasuk dengan mengecatnya sekali. Mungkin pada awalnya kami rasakan ianya amat berpatutan namun hasilnya amat tidak menyenangkan. Bukan kerana kami cerewet tetapi jika dilihat daripada hasilnya, rakan-rakan pasti bersetuju dengan kami.

Timbul perseolannya di sini. Mengapa setelah kami tahu hasil kerja Baha tidak memuaskan ketika memasang papan lantai, masih lagi memberikan tugasan untuk memasang tingkap, pintu dan sliding? Sebenarnya, perjanjian telah kami lakukan ketika awal-awal kerja pemasangan lantai. Jadi, jika kami batalkan janji yang telah temetri, maka jadilah kami orang munafik. Tidak berpegang pada janji....

Oleh itu, kami terus membuat pemantauan agar hasil kerjanya tidak terlalu teruk. Namun begitu, banyak juga kami terlepas memandangkan kami bekerja di waktu pagi. Sekadar petang setelah pulang dari kerja sahaja dapat kami pantau.

Baha sedang lekakukan kerja mengecat tingkap menggunakan kaedah seburan.
 
Daun tingkap yang telah siap dicat
 
Daun tingkap yang siap dipasang pada 'frame' di bahagian dapur
 
Pintu bilik tidur utama dan bilik kedua yang telah siap dipasang
 
Pintu 'sliding' di bahagian ruang keluarga yang telah siap
 
Pintu 'sliding' daripada kayu seraya di bahagian ruang makan juga telah siap dipasang
 
Pintu  jenis kayu nyatuh untuk bilik 4 dan bilik 5 juga telah siap dipasang
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQVM