Halaman

Rabu

PROSES MENGECAT RUMAH 1

Peringkat seterusnya adalah proses mengecat....

Cadangan awal kami untuk mencari tukang cat. Setelah beberapa nama diberikan rakan dan adik, maka kami menghubungi mereka. Ramai di antaranya sudah ada banyak rumah yang perlu disudahkan. Jadi, tinggal satu yang sanggup untuk berbincang. Dalam perbualan melalui telefon, diberitahu kepada kami, harga upah semasa dalam lingkungan RM4000. Dan jika rumah yang hendak dicatkan itu besar harganya mungkin mencecah RM4500.

Kami bersetuju untuk berbincang dan mungkin memberikan tugas mengecat kepada Din. Nama tukang cat tersebut. Pada petang keesokkannya beliau datang bersama seorang rakannya. Kata Din untuk menemani beliau mencari rumah kami.

Setelah melihat rumah kami, mereka agak terkejut. Kami tak tahu... atas apa dasar apa mereka terkejut. Atas faktor besar... mereka kata pernah mengecat rumah bungalow yang mencecah keluasan lebih 3000k/p. Anggapan kami mungkin atas faktor senibina dinding kami yang mungkin belum ada di daerah kami ini.

Rakan Din terlalu 'banyak cakap'. Belum sempat Din meletakkan harga, rakannya menyibuk... mengatakan susah nak mengecat rumah kami... rumah kami besar... dan banyak lagi... Dia sendiri meletakkan harga sebanyak RM5800. Terkedu kami mendengarnya kerana jangkaan kami, kalau Din mintak RM4500 kami pasti menyerahkan kepada beliau. Din juga seperti serba salah... kerana pada awalnya beliau meletakkan antara RM4000 hingga RM4500 sahaja sehinggakan beliau memintakan rakannya tadi untuk mengurangkan sedikit harganya... Dan keputusan akhir kami dapat... Harga upah yang beliau mintak sekadar RM5500. Kami minta beberapa hari untuk berbincang memandangkan harga upahnya agak keterlaluan berbanding harga asal dan juga harga pasaran semasa... Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengecat sendiri rumah kami.

Pengalaman dalam mengecat rumah memang ada namun bukanlah arif sangat. Pernah mengecat rumah lama beberapa tahun lalu. Namun tidak sepenuhnya. Hanya bahagian dalaman sahaja. Namun keyakinan diri memberikan kamim kekuatan untuk melakukan sendiri kerana beberapa orang rakan yang kurang arif dalam proses mengecat pun telah berjaya mengecat rumah mereka sendiri.

Namun begitu, sebelum proses mengecat, beberapa orang rakan telah kami jadikan sumber rujukan tentang cat. Cat apa yang terbaik dan bagaimana proses mengecat. Sebelum dan semasa mengecat. Semua sumber yang kami dapat, kami rasa sama seperti apa yang telah ada dalam diiri kami.

Akhirnya... kami mula melakukan proses mengecat dengan 'memelas' dangan kertas pasir pada bahagian dinding supaya bahagian-bahagian yang kurang baik dapat diperhaluskan. begitu juga bahagian-bahagian yang tidak rata atau ada rekahan dan belubang dapat ditampal dahulu.



Mengecat papan dinding bahagian luar dapur menggunakan cat ICI DULUX Weathershield


Hasil untuk 2 hari pertama proses mengecat.
 
 
 
Alhamdulillah... Hasilnya amat memberangsangkan. Tidak kalah jika dibandingkan dengan tukang cat profesional. 
 
 
 

2 ulasan:

  1. Cikgu Rudy05:04

    Assalam tuan...berapa kos untuk buat rumah seperti ini tuan

    BalasPadam
  2. Terima kasih Cg Rudy kerana mengunjungi blog ini. Utk pengetahuan Cg Rudy kosnya hampir mencecah RM300k. Pertamanya keluasan rumah ini melebihi 2835 kp dan yg ke2nya, byk barang2 yg dibeli ikut sedap hati je dan yg terakhir adalah solek dibahagian dalamnya skit yg menyebabkan kosnya agak lari skit. tk

    BalasPadam

TQVM