Anak bongsu juga ingin membantu mengecat bilik kakaknya (Khalilah Ashila)
Aksi anak bongsu (Ammar) melakukan proses mengecat setelah diberitahu cara-cara mengecat.
Teknik mengecat oleh Adik (anak bongsu)
Bilik Kakak dan Kak Long yang telah siap dicat
dengan menggabungkan warna merah jambu dan merah jambu muda Nippon Paint
Kakak senyum ceria apabila biliknya bersama Kak Long yang pertama siap dicat dengan warna pilihannya
Bilik Angah yang telah siap dicat dengan warna kegemarannya juga dengan gabungan warna biru dan biru muda Nippon Paint.
Bilik anak-anak lelaki dengan pilihan warna hijau dan hijau muda Sea Mastter pemberian Ayah De Nizam yang tak habis setelah mengecat baru rumahnya.
Bilik tidur utama dengan pilihan isteri tersayang dengan warna ungu dan ungu muda setelah dicampur sendiri dengan warna putih
Dinding di bahagian ruang makan yang dicat dengan warna silver gelap.
Ruang makan (dapur kering) yang siap dicat dengan gabungan warna silver (gelap dan cerah)
Dinding utama di ruang keluarga yang dicat dengan warna brown.
Dinding di bahagian yang menghala ke pintu belakang rumah juga di cat warna brown.
Untuk makluman semua, kebanyakan warna-warna yang cerah, kami hasilkan dengan gabungan warna asal yang masih berbaki dengan menambah warna putih untuk menjadikannya lebih muda. Dan yang keduanya, membeli warna putih lebih murah harganya berbanding warna muda yang sedia ada di pasaran. Oleh itu jika kita inginkan suasana yang lebih ceria di dalam bilik, kita boleh gabungkan dengan warna-warna yang lebih muda iaitu dengan mencampurkan dengan warna putih khususnya untuk bilik anak-anak. walaupun warna-warna yang dipilih agak terang (striking) namun bila digabungkan dengan warna yang lebih muda, ianya memberikan sedikit kelembutan. Namun begitu pastikan bakinya masih ada untuk finishing di bahagian-bahagian atau sudut-sudut yang perlu menjalani proses akhir seperti disempadan dua warna, di bingkai-bingkai pintu dan tingkap..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQVM