Selasa

TAZKIRAH RAMADHAN 2 : MASBUK DAN MUAFIQ

Isnin

TAZKIRAH RAMDHAN : TAUBAT

Assalamualaikum....

Taubat ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud rasa bersalah atau menyesal di atas perlakuan atau perbuatan yang yang salah atau tidak baik.

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.


berdoa3.jpg

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sumber dari http://drmaza.com/home/?p=1301

Rabu

PROSES MENGECAT RUMAH 2

Proses mengecat bahagian dalam dilakukan dengan mengecat lapisan awal berwarna putih (undercoat) menggunakan cat jotunplast.

Anak bongsu juga ingin membantu mengecat bilik kakaknya (Khalilah Ashila)
 
Aksi anak bongsu (Ammar) melakukan proses mengecat setelah diberitahu cara-cara mengecat.
 
video
Teknik mengecat oleh Adik (anak bongsu)
 
Bilik Kakak dan Kak Long yang telah siap dicat
 dengan menggabungkan warna merah jambu dan merah jambu muda Nippon Paint
 
Kakak senyum ceria apabila biliknya bersama Kak Long yang pertama siap dicat dengan warna pilihannya
 
Bilik Angah yang telah siap dicat dengan warna kegemarannya juga dengan gabungan warna biru dan biru muda Nippon Paint.
 
 
Bilik anak-anak lelaki dengan pilihan warna hijau dan hijau muda Sea Mastter pemberian Ayah De Nizam yang tak habis setelah mengecat baru rumahnya.
 
 
Bilik tidur utama dengan pilihan isteri tersayang dengan warna ungu dan ungu muda setelah dicampur sendiri dengan warna putih
 
Dinding di bahagian ruang makan yang dicat dengan warna silver gelap.
 
Ruang makan (dapur kering) yang siap dicat dengan gabungan warna silver (gelap dan cerah)
 
Dinding utama di ruang keluarga yang dicat dengan warna brown.
 
Dinding di bahagian yang menghala ke pintu belakang rumah juga di cat warna brown.
 

Untuk makluman semua, kebanyakan warna-warna yang cerah, kami hasilkan dengan gabungan warna asal yang masih berbaki dengan menambah warna putih untuk menjadikannya lebih muda. Dan yang keduanya, membeli warna putih lebih murah harganya berbanding warna muda yang sedia ada di pasaran. Oleh itu jika kita inginkan suasana yang lebih ceria di dalam bilik, kita boleh gabungkan dengan warna-warna yang lebih muda iaitu dengan mencampurkan dengan warna putih khususnya untuk bilik anak-anak. walaupun warna-warna yang dipilih agak terang (striking) namun bila digabungkan dengan warna yang lebih muda, ianya memberikan sedikit kelembutan. Namun begitu pastikan bakinya masih ada untuk finishing di bahagian-bahagian atau sudut-sudut yang perlu menjalani proses akhir seperti disempadan dua warna, di bingkai-bingkai pintu dan tingkap..
 

PROSES MENGECAT RUMAH 1

Peringkat seterusnya adalah proses mengecat....

Cadangan awal kami untuk mencari tukang cat. Setelah beberapa nama diberikan rakan dan adik, maka kami menghubungi mereka. Ramai di antaranya sudah ada banyak rumah yang perlu disudahkan. Jadi, tinggal satu yang sanggup untuk berbincang. Dalam perbualan melalui telefon, diberitahu kepada kami, harga upah semasa dalam lingkungan RM4000. Dan jika rumah yang hendak dicatkan itu besar harganya mungkin mencecah RM4500.

Kami bersetuju untuk berbincang dan mungkin memberikan tugas mengecat kepada Din. Nama tukang cat tersebut. Pada petang keesokkannya beliau datang bersama seorang rakannya. Kata Din untuk menemani beliau mencari rumah kami.

Setelah melihat rumah kami, mereka agak terkejut. Kami tak tahu... atas apa dasar apa mereka terkejut. Atas faktor besar... mereka kata pernah mengecat rumah bungalow yang mencecah keluasan lebih 3000k/p. Anggapan kami mungkin atas faktor senibina dinding kami yang mungkin belum ada di daerah kami ini.

Rakan Din terlalu 'banyak cakap'. Belum sempat Din meletakkan harga, rakannya menyibuk... mengatakan susah nak mengecat rumah kami... rumah kami besar... dan banyak lagi... Dia sendiri meletakkan harga sebanyak RM5800. Terkedu kami mendengarnya kerana jangkaan kami, kalau Din mintak RM4500 kami pasti menyerahkan kepada beliau. Din juga seperti serba salah... kerana pada awalnya beliau meletakkan antara RM4000 hingga RM4500 sahaja sehinggakan beliau memintakan rakannya tadi untuk mengurangkan sedikit harganya... Dan keputusan akhir kami dapat... Harga upah yang beliau mintak sekadar RM5500. Kami minta beberapa hari untuk berbincang memandangkan harga upahnya agak keterlaluan berbanding harga asal dan juga harga pasaran semasa... Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengecat sendiri rumah kami.

Pengalaman dalam mengecat rumah memang ada namun bukanlah arif sangat. Pernah mengecat rumah lama beberapa tahun lalu. Namun tidak sepenuhnya. Hanya bahagian dalaman sahaja. Namun keyakinan diri memberikan kamim kekuatan untuk melakukan sendiri kerana beberapa orang rakan yang kurang arif dalam proses mengecat pun telah berjaya mengecat rumah mereka sendiri.

Namun begitu, sebelum proses mengecat, beberapa orang rakan telah kami jadikan sumber rujukan tentang cat. Cat apa yang terbaik dan bagaimana proses mengecat. Sebelum dan semasa mengecat. Semua sumber yang kami dapat, kami rasa sama seperti apa yang telah ada dalam diiri kami.

Akhirnya... kami mula melakukan proses mengecat dengan 'memelas' dangan kertas pasir pada bahagian dinding supaya bahagian-bahagian yang kurang baik dapat diperhaluskan. begitu juga bahagian-bahagian yang tidak rata atau ada rekahan dan belubang dapat ditampal dahulu.



Mengecat papan dinding bahagian luar dapur menggunakan cat ICI DULUX Weathershield


Hasil untuk 2 hari pertama proses mengecat.
 
 
 
Alhamdulillah... Hasilnya amat memberangsangkan. Tidak kalah jika dibandingkan dengan tukang cat profesional. 
 
 
 

Isnin

MEMASANG TINGKAT, PINTU DAN SLIDING

Assalam dan selamat sejahtera.

Tukang tile hampir 90% menyudahkan pemasangan di dalam dan di luar rumah. Dalam masa yang sama tukang yang memasang papan lantai memulakan pemasangan pintu dan tingkap. Untuk makluman rakan-rakan yang melayari blog ini, kos pemasangan tingkap, pintu serta pagar varandah adalah di bawah perjanjian dengan tukang rumah yang awal. Namun begitu, kami terpaksa memutuskan utntuk tidak meneruskannya kerana ada masalah teknikal yang sukar nak kami ceritakan di sini dan mungkin boleh menyebabkan aib seseorang.

Oleh itu, kami mengupah Baha iaitu tukang yang memasang papan lantai dengan kadar RM2800 termasuk dengan mengecatnya sekali. Mungkin pada awalnya kami rasakan ianya amat berpatutan namun hasilnya amat tidak menyenangkan. Bukan kerana kami cerewet tetapi jika dilihat daripada hasilnya, rakan-rakan pasti bersetuju dengan kami.

Timbul perseolannya di sini. Mengapa setelah kami tahu hasil kerja Baha tidak memuaskan ketika memasang papan lantai, masih lagi memberikan tugasan untuk memasang tingkap, pintu dan sliding? Sebenarnya, perjanjian telah kami lakukan ketika awal-awal kerja pemasangan lantai. Jadi, jika kami batalkan janji yang telah temetri, maka jadilah kami orang munafik. Tidak berpegang pada janji....

Oleh itu, kami terus membuat pemantauan agar hasil kerjanya tidak terlalu teruk. Namun begitu, banyak juga kami terlepas memandangkan kami bekerja di waktu pagi. Sekadar petang setelah pulang dari kerja sahaja dapat kami pantau.

Baha sedang lekakukan kerja mengecat tingkap menggunakan kaedah seburan.
 
Daun tingkap yang telah siap dicat
 
Daun tingkap yang siap dipasang pada 'frame' di bahagian dapur
 
Pintu bilik tidur utama dan bilik kedua yang telah siap dipasang
 
Pintu 'sliding' di bahagian ruang keluarga yang telah siap
 
Pintu 'sliding' daripada kayu seraya di bahagian ruang makan juga telah siap dipasang
 
Pintu  jenis kayu nyatuh untuk bilik 4 dan bilik 5 juga telah siap dipasang
 
 

Ahad

MEMASANG TILE

Dalam waktu yang sama dengan Baha mengecat papan lantai, Osman bersama adik dan abang iparnya sebagai pembantu memulakan proses memasang tile. Harga upah yang agak munasabah oleh Osman berjaya menarik hati untuk mengupahnya. Untuk Tile 2' x 2', harga upahnya RM1.80/kaki dan pada bahagian yang perlu dilabelkan sedikit, harganya RM2.00/kaki.

Kerja-kerja awal sebelum memasang tile 2' x 2'. Menampal 'simen gam'  pada tile untuk mengelakkan tile cepat tanggal dari permukaan lantai. Istilah kami... "Tile Tembak"


Osman memulakan kerja memasang tile pada ruang makan. Tile putih 2' x 2' untuk runag makan sehingga ke ruang dapur menjadi pilihan.
 
Pandangan dari pintu sliding ruang makan

Kekemasan kerja Osman memang memuaskan hati.

 
Hasil kerja pemasangan tile untuk minggu pertama
  
Dalam kadar waktu yang singkat Osman dapat menyiapkan sebahagian besar ruang tamu yang berkeluasan 15 x 17. Kerja amat teliti dan hasilnya sangat memuaskan hati.
 
 
Disamping itu, adiknya, Jaafar memulakan kerja di bilik air 2. Tile hijau dan putih kehijauan menjadi pilihan kerana warna ini adalah warna kegemaran Pak Mertua.

Kerja-kerja awal oleh Jaafar

Design bilik air 2 ini berdasarkan hasil kerja Amir (Adik Yo, tukang melas "papan gate") di Wakaf Tembesu.

Jaafar sedang membuat perkiraan ukuran bilik air 2
 
Bilik Air 3 pula, warna piece yang hampir ke merah jampu (pink) menjadi pilihan anak ke 4 (Khalilah Ashilah).

Design biasa je untuk bilik air 3

Hasil kerja untuk hari ke-empat

Abang ipar Osman dan Jaafar sebagai 'helper"

Untuk lantai bilik tidur 2, 3, 4 dan 5, tile 16" putih bercorak dipilih oleh isteri tersayang. Harga upahnya... RM1.60/kaki.
 
Jaafar memasang tile di dalam bilik 2 (bilik Pak Mertua)
 
Memasang tile di bahagian varandah luar runag tamu juga menggunakan tile 2' x 2'
 
Jaafar memasang tile untuk varandah ruang keluarga menggunakan tile 1' x 2' berwarna coklat cerah.
 
Kerja-kerja memasang tile untuk bilik air utama dilakukan sendiri oleh Osman.
setelah kerja-kerja pemasangan tile 2' x 2' selesai bagi semua ruang makan hingga ke dapur dan juga di ruang tamu.Warna coklat dan putih jadi pilihan bagi bilik air utama.
 
 
Setelah selesai bilik air utma, Osman memulakan pemasangan di bahagaian tempat letak kereta.
 
Gambaran untuk sehari kerja pemasangan dilakukan oleh Osman. Keluasan 13' x 16' di tambah pulak 3' untuk kaki lima serta ruang tambahan bersambung dengan varandah keluarga.
 
Design corak 'silang tikar' oleh Amir (adik Yo) di Pengadang Baru

Design yang sama di Wakaf Tembesu oleh Amir menjadi contoh untuk ruangan 'parking' kereta. Namun warna tile yang tidak sesuai menjadikan 'parking' kereta yang diingin tidak 'berapa menjadi' seperti gambaran di bawah.
 
Hasil kerja dan cadangan Osman meletakkan batu putih ditengah menampakkan penampilan yang kurang menarik. Tidak sebagaimana pilihan hati untuk meletakkan tile putih ditengahnya.
 
Isteri tersayang dan anak bongsu sedang berehat di atas lantai yang baru siap dipasang tile di bahagian belakang rumah.
 
Keadaan tangga dalam proses pemasangan
 
Anak Bongsu sedang asyik memerhatikan Osman memasang tile di bahagian tangga belakang rumah
 
Kerja-kerja akhir iaitu menyiapkan kabinet dapur dan memasang tile untuk dapur. Kiraan awal upah ialah RM70.00/k untuk dua lapis dan RM60.00/k untuk kabinet satu lapis. Pemasangan tile putih 1' x 2' untuk dinding dapur ialah RM1.80/k
 
Hasil selepas empat hari pemasangan. Kerja-kerja agak merumitkan namun hasilnya memuaskan tetapi bukan pemasangan tile dua lapis sebagaimana perjanjian asal. Hampa rasa namun terubat melihatkan kekemasan kerja yang terhasil.
 
Permandangan di ruangan dapur yang telah siap