Selasa

LANGKAH 19 DAN 20: POTONG ATAP DAN PASANG "VENTILATION FAN'

19. MEMOTONG ATAP BAHAGIAN LURAH DAN PERABUNG 

 Tukang sedang memasang perabung di bahagian bumbung atap


Mengemaskan bahagian lurah atap 

Mengemaskan bahagian lurah atap perlukan perhatian kerana jika potongan atap tidak betul, rupa bentuk atap nampak cacat. Alhamdulillah, setelah diberikan peringatan, tukang memberikan perhatian yang lebih sehingga potongan atap nampak lebih kemas berbanding rumah-rumah yang telah dibuat.

20. MEMASANG VENTILATOR

Pemandangan dari belakang rumah setelah tukang siap memasang ventilation.

Hari ni sibuk skit sehingga tidak sempat mengambil gambar ketika tukang memasang ventilation di bahagian atas bumbung. Datang pada sebelah petang ketika ingin membuat pembayaran gaji, ternampak ventilation yang telah siap dipasang. Nampak kemas dan berfungsi dengan baik. Kelihatan warnanya menyamai dengan warna atap. Harga ventilation ini hanya RM150 sahaja dan ditambah RM50 untuk kos mengecat.

Warna asal ventilation sebelum dicat.


Biasanya suhu di dalam rumah akan cepat panas terutamanya pada waktu tengahari selama berjam-jam lamanya sebelum menyejuk pada waktu malam.Di sebabkan bahang panas yg terperangkap di dalam bumbung rumah dan MED akan terkepung di dalam rumah. Satu cara yg berkesan untuk mengurangkan MED dan kepanasan di dalam rumah ialah dengan memasang 'ventilation fan'. Ia di output kepada susunan ventilator dan berfungsi dengan mengalirkan bahang atau udara panas dari dalam ke luar rumah. Beberapa faedah yang kita dapat dengan memasang kipas ventilator ini di rumah kita iaitu:
  1. Menyaman dan menyegarkan udara serta menghilangkan bau dalam rumah 
  2. Tidak menggunakan elektrik, Jimat kos perbelanjaan
  3. Tanpa penjagaan, penyelenggaraan dl percuma 
  4. Sesuai untuk mereka yang alah kepada habuk seperti asma 
  5. Harga yang murah. 
  6. Sesuai untuk rumah dan juga kilang 
  7. 100% aluminium atau keluli tahan karat






GAMBAR-GAMBAR HIASAN


Anakanda Ammar dan Ashilah bergambar berlatar belakang kerja-kerja memasukkan pasir ke dalam tapak rumah

  
Kami terpaksa menangguhkan kerja pembinaan untuk ke Melaka, menghantar anakanda Along (Aina) yang sedang menuntut di Utem kerana berpindah ke asrama baru

 Pandangan dalam asrama baru anakanda Along yang lebih selesa di bangunan Emerald berbanding asrama lama yang agak sempit.

 Bersama tukang plaster (Saudara Yo) dinding berbentuk papan di salah sebuah rumah yang telah disiap di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu

Pagi Jumaat, kami datang berekreasi dengan mendaki Bukit Bauk, Dungun

Isteri tercinta sedang seronok bermain pasir 'kotor' yang akan dimasukkan ke dalam tapak rumah.