Kerja-kerja awal sebelum memasang tile 2' x 2'. Menampal 'simen gam' pada tile untuk mengelakkan tile cepat tanggal dari permukaan lantai. Istilah kami... "Tile Tembak"
Osman memulakan kerja memasang tile pada ruang makan. Tile putih 2' x 2' untuk runag makan sehingga ke ruang dapur menjadi pilihan.
Pandangan dari pintu sliding ruang makan
Kekemasan kerja Osman memang memuaskan hati.
Hasil kerja pemasangan tile untuk minggu pertama
Dalam kadar waktu yang singkat Osman dapat menyiapkan sebahagian besar ruang tamu yang berkeluasan 15 x 17. Kerja amat teliti dan hasilnya sangat memuaskan hati.
Kerja-kerja awal oleh Jaafar
Design bilik air 2 ini berdasarkan hasil kerja Amir (Adik Yo, tukang melas "papan gate") di Wakaf Tembesu.
Jaafar sedang membuat perkiraan ukuran bilik air 2
Design biasa je untuk bilik air 3
Hasil kerja untuk hari ke-empat
Abang ipar Osman dan Jaafar sebagai 'helper"
Untuk lantai bilik tidur 2, 3, 4 dan 5, tile 16" putih bercorak dipilih oleh isteri tersayang. Harga upahnya... RM1.60/kaki.
Jaafar memasang tile di dalam bilik 2 (bilik Pak Mertua)
Memasang tile di bahagian varandah luar runag tamu juga menggunakan tile 2' x 2'
Jaafar memasang tile untuk varandah ruang keluarga menggunakan tile 1' x 2' berwarna coklat cerah.
Kerja-kerja memasang tile untuk bilik air utama dilakukan sendiri oleh Osman.
setelah kerja-kerja pemasangan tile 2' x 2' selesai bagi semua ruang makan hingga ke dapur dan juga di ruang tamu.Warna coklat dan putih jadi pilihan bagi bilik air utama.
Setelah selesai bilik air utma, Osman memulakan pemasangan di bahagaian tempat letak kereta.
Design corak 'silang tikar' oleh Amir (adik Yo) di Pengadang Baru
Design yang sama di Wakaf Tembesu oleh Amir menjadi contoh untuk ruangan 'parking' kereta. Namun warna tile yang tidak sesuai menjadikan 'parking' kereta yang diingin tidak 'berapa menjadi' seperti gambaran di bawah.
Hasil kerja dan cadangan Osman meletakkan batu putih ditengah menampakkan penampilan yang kurang menarik. Tidak sebagaimana pilihan hati untuk meletakkan tile putih ditengahnya.
Isteri tersayang dan anak bongsu sedang berehat di atas lantai yang baru siap dipasang tile di bahagian belakang rumah.
Keadaan tangga dalam proses pemasangan
Anak Bongsu sedang asyik memerhatikan Osman memasang tile di bahagian tangga belakang rumah
Kerja-kerja akhir iaitu menyiapkan kabinet dapur dan memasang tile untuk dapur. Kiraan awal upah ialah RM70.00/k untuk dua lapis dan RM60.00/k untuk kabinet satu lapis. Pemasangan tile putih 1' x 2' untuk dinding dapur ialah RM1.80/k
Hasil selepas empat hari pemasangan. Kerja-kerja agak merumitkan namun hasilnya memuaskan tetapi bukan pemasangan tile dua lapis sebagaimana perjanjian asal. Hampa rasa namun terubat melihatkan kekemasan kerja yang terhasil.
Permandangan di ruangan dapur yang telah siap
Assalamualaikum encik din,
BalasPadamboleh saya dapatkan no telifon encik osman yang pasang tile rumah encik.
terima kasih
Assalamualaikum encik din.
BalasPadamboleh saya dapatkan no telifon en osman, memandangkan encik din berpuas hati dgn kerja yg dia jalankan.
terima kasih