Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas
seseorang ma’mum pada mana-mana sahaja rakaat sembahyangnya, dan
kadangkala berlakunya kepada ma’mum muwafiq menjadi ma’mum masbuq pada rakaat
berikutnya. Setiap ma’mum wajib mengetahui dan memahami tentang kedudukan ma’mum muwafiq dan masbuq untuk menjamin sembahyangnya sah dan
tidak terbatal.
2. Sujud yang pertama
3. Sujud yang kedua
Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda:
“Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
APA ITU MASBUQ?
Masbuq:
seorang ma’mum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan
tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam.
Ini disebabkan Imam telahpun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian
ma’mum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.
APA ITU MUAFIQ?
Muafiq:
Seorang ma’mum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam)
imamnya, di mana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah
bersama Imam dengan bacaan yang sederhana.
BILA BERLAKU?
Ia
boleh berlaku ke atas seseorang ma’mum kepada empat rakaat sama ada
pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada
rakaat keempat
HUKUM ORANG MUAFIQ
Hukum
bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang
panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun
panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti
iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud
CONTOH DAN GAMBARAN MUAFIQ
Seorang
ma’mum yang muafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam berdiri tegak
daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk.Maka ma’mum berkenaan
mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada
rukun keempat.
Seorang ma’mum yang muafiq sedang berjemaah sebelum imam duduk tasyahud
akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat
itu
Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa ma’mum berkenaan masih lagi berada
dalam jarak tiga rukun daripada imamnya,belum lagi masuk ke rukun
keempat.Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak
antara ma’mum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada:
1. Rukuk2. Sujud yang pertama
3. Sujud yang kedua
HUKUM ORANG MASBUQ
Ma’mum
yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana
fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh
ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.
Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda:
“Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ
Ma’mum itu pada mulanya dia adalah muafiq, di dalam menunaikan
peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri
tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk,hukum ma’mum itu ialah
orang masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya
bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah.
CONTOH-CONTOH MASBUQ
Imam
terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma’mum berdiri
daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat
menghabiskan bacaan Al-Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.
Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia
membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah
rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.
MASBUQ JUMAAT
Solat
jumaat diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali
dengan berjemaah sekurang-kurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal,
cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin.
Bagi seorang ma’mum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia hendaklah
sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua
serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi
rakaat selepas salam imam dan Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk
bersama imam pada rakaat kedua itu, maka hendaklah ia menyempurnakan
solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.
RUMUSAN MUWAFIQ DAN MASBUQ
Muafiq
ialah ma’mum yang sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan
sederhana ketika qiam imamnya sebelum rukuk imamnya.
Masbuq ialah ma’mum yang tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan sederhana dalam qiam imamnya seperti ketika dia masuk berjemaah itu imamnya sedah hampir rukuk atau sedang rukuk.
Sumber: http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/08/masbuq-dan-muafiq.html
Masbuq ialah ma’mum yang tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan sederhana dalam qiam imamnya seperti ketika dia masuk berjemaah itu imamnya sedah hampir rukuk atau sedang rukuk.
Sumber: http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/08/masbuq-dan-muafiq.html