Halaman

Isnin

PAPAN LANTAI LAMA UNTUK LOTENG

Ini adalah papan lantai peninggalan arwah ibu mertua aku setelah diketam. Pada mulanya papan lantai ini kelihatan agak teruk. Maklumlah rumah lama, namun setelah dihantar ke kilang Bukit Berangan untuk diketam, kelihatan kayunya masih kukuh dan cantik. Jenis kayunya aku tak berapa pasti... Ada yang cakap, kayu kapur dan ada pula yang kata kayu seraya... Itu tak penting bagi aku. Yang penting... kayunya cantik, tak termakan dek anai-anai dan yang lagi penting.. nostagia terhadap mak mertua akan ada di rumah aku untuk kenangan isteri tersayang.


 Kayu seberat 1.5 tan ini amat sesuai untuk loteng aku. Walaupun  aku rasa masih tak mencukupi namun kayu sebanyak ini sudah cukup untuk memenuhi setengah lantai loteng khususnya untuk ruang legar di atasnya. 

Perasaan teruja aku melihat papan yang merah menyerlah itu menyebabkan aku tidak sabar untuk memasang dan menyiapkan loteng impian aku selama ini. Akhirnya aku terus memasangnya walaupun pekerja-pekerja masih lagi bekerja.

 



 
 Gambar-gambar dari atas loteng

 Pandangan dari ruang tamu

 Pandangan dari varandah ruang tamu

 Pandangan dari bilik tidur utama

Kerja pemasangan lantai ini terpaksa dihentikan sementara kerana memberi laluan untuk pemasangan bahagian elektrik dan siling kapur. Mujurlah aku tak siapkan  semuanya. Jika tidak, sudah tentu mereka sukar untuk menjalankan kerja-kerja mereka. Lagi satu, ketam kayu dan mesin pemotong (gergaji pemotong kayu) aku telah dikebas orang. Mereka memecah masuk stor aku yang tukang aku buat di dalam tandas di bilik tidur utama. 

 Aku tetap berserah kepada Allah swt.  Mungkin ada hikmah disebaliknya...Mungkin ada sesuatu yang aku terlupa atau terambik hak orang... Balasan dari Allah adakalanya lambat dan adakalanya cepat. Adakalanya jugak bukan di dunia ini (di akhirat) namun mungkin juga Allah terus memberikan pembalasan terus di dunia ini. Alhamdulillah... aku bersyukur kepadamu Ya Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQVM