Halaman

Rabu

AMBANG ATAU DINDING LAYAR

Material yang digunakan menggantikan papan yang semakin mahal.

Kerja-kerja pemasangan oleh tukang. Pada awalnya mereka enggan mengikut kata aku untuk menebuk, luang dan menggunakan paku agar tidak pecah. Menggunakan paku biasa. Setelah beberapa keping telah pecah, akhir menurut kata sebagaimana yang telah aku cadangkan. 

 
 Hasilnya. Kelihatan kemas dan tegap.

Pandangan dari jauh kelihatan seperti papan kayu walaupun sebelum diwarnakan.


Sebahagian ilham yang terlaksana. Sekarang ramai rakan-rakan berminat menggunakan material papan asbestos ini untuk rumah mereka yang lebih murah dan cantik untuk ambang atau "tebeng layar" di kalangan orang Terengganu.

Isnin

PAPAN LANTAI LAMA UNTUK LOTENG

Ini adalah papan lantai peninggalan arwah ibu mertua aku setelah diketam. Pada mulanya papan lantai ini kelihatan agak teruk. Maklumlah rumah lama, namun setelah dihantar ke kilang Bukit Berangan untuk diketam, kelihatan kayunya masih kukuh dan cantik. Jenis kayunya aku tak berapa pasti... Ada yang cakap, kayu kapur dan ada pula yang kata kayu seraya... Itu tak penting bagi aku. Yang penting... kayunya cantik, tak termakan dek anai-anai dan yang lagi penting.. nostagia terhadap mak mertua akan ada di rumah aku untuk kenangan isteri tersayang.


 Kayu seberat 1.5 tan ini amat sesuai untuk loteng aku. Walaupun  aku rasa masih tak mencukupi namun kayu sebanyak ini sudah cukup untuk memenuhi setengah lantai loteng khususnya untuk ruang legar di atasnya. 

Perasaan teruja aku melihat papan yang merah menyerlah itu menyebabkan aku tidak sabar untuk memasang dan menyiapkan loteng impian aku selama ini. Akhirnya aku terus memasangnya walaupun pekerja-pekerja masih lagi bekerja.

 



 
 Gambar-gambar dari atas loteng

 Pandangan dari ruang tamu

 Pandangan dari varandah ruang tamu

 Pandangan dari bilik tidur utama

Kerja pemasangan lantai ini terpaksa dihentikan sementara kerana memberi laluan untuk pemasangan bahagian elektrik dan siling kapur. Mujurlah aku tak siapkan  semuanya. Jika tidak, sudah tentu mereka sukar untuk menjalankan kerja-kerja mereka. Lagi satu, ketam kayu dan mesin pemotong (gergaji pemotong kayu) aku telah dikebas orang. Mereka memecah masuk stor aku yang tukang aku buat di dalam tandas di bilik tidur utama. 

 Aku tetap berserah kepada Allah swt.  Mungkin ada hikmah disebaliknya...Mungkin ada sesuatu yang aku terlupa atau terambik hak orang... Balasan dari Allah adakalanya lambat dan adakalanya cepat. Adakalanya jugak bukan di dunia ini (di akhirat) namun mungkin juga Allah terus memberikan pembalasan terus di dunia ini. Alhamdulillah... aku bersyukur kepadamu Ya Allah.



LANTAI KAYU TEMBESU


 
Papan lantai kayu tembesu yang di tempah di Kilang Bukit Berangan, Kuala Terengganu berjumlah 2.5 tan. Harga setan ialah RM2800. Kiralah sendiri untuk jumlah 2.5 tan. 
 

KONKRIT LANTAI

Kini proses men'level'kan lantai mula dilakukan oleh tukang. Lantai aku terpaksa dibuat dalam dua bentuk. Pertama... untuk bilik tidur utama sehingga ke ruang keluarga, lantainya perlu di'minyakkan... untuk dipasang lantai kayu... kayu tembesu yang aku tempah dari kilang di Bukit Beranggan, Kuala Terengganu.

Yang kedua..... pada ruang yang lain, seperti ruang tamu, ruang makan, dapur basah, bilik tidur anak-anak dan bilik ayahanda (bilik tetamu) lantainya diturapkan seperti biasa... untuk dipasang 'tile'

 Ruang keluarga yang belum siap....

 

Ruang makan

 Bilik tidur utama

 Ruang tamu

 Pandangan dari ruang makan... kelihatan bilik tidur utama telah siap. Tukang... Azri (berdiri), Sham (berbaju merah) dan Mat (sedang menonggeng) sedang melevelkan lantai.

 pandangan dari ruang keluarga..... Ruang tangga ke loteng

 Pandangan dari varandah ruang keluarga...ruang keuarga dan ruang tangga untuk loteng telah siap diturap simen.

Pandangan dari varandah belakang... kelihatan ruang keluarga telah siap.

Sabtu

PENAMBAHAN VARANDAH DAN TANDAS BELAKANG



























PERKEMBANGAN PAGAR

Perkebangan pembinaan pagar














 

Pagar hadapan telah siap dibina namun pagar bahagian tepi sebelah kanan masih lagi belum selesai disiapkan oleh yang lama. Tukang sebelum proses pembinaan rumah. Namanya Pak Harun. Duit dah banyak dibayar  namun progresnya masih tak berjalan. Dahlah tiang pagar yang di"return" belum mendapat bayaran. Sehingga pembinaan rumah aku hampir siap, beliau tak pernah bertanya khabar biarpun seringkali berjumpa. Tak tahulah apa nak jadi dengan pagar aku nin ...

Akibat dengan pagar aku yang tak siap ni... banyak barang-barang aku dikebas. Pertamanya, dua tudung lubang septik telah dicuri otrang. Keduanya pulak selang dua hari selepas kecurian yang pertama. Stor aku yang telah dipindahkan de dalam rumah menggunakan ruang tandas bilik utma aku telah dikopek oleh penyamun.... Dua mesin yang aku baru beli untuk kegunaan aku membina loteng rumah telah hilang. Gergaji pemotong dan mesin pengetam telah dikebasnya. Jenama Borch. Lebih kurang RM830 kesemuanya...



Si penyamun telah teringgal Kad Pelanggan dalam stor.  Aku cuba rujuk ke hospital namun tiada maklum balas dan seterusnya aku serahkan kepada seorang anggota polis di Dungun... sehingga kini tiada perkembangan.