Namun begitu, apapun alasannya, permintaan terhadap keperluan asas manusia yang penting ini terus rancak. Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini ingin memiliki rumah sendiri. Biarpun sekecil mana sekalipun.... memiliki rumah sendiri adalah impian dalam hidup ini. Ada beberapa kaedah untuk seseorang itu untuk memiliki sebuah rumah idaman. Ada yang tidak mahu memeningkan kepada lebih suka membeli terus dari pemaju, ada juga yang menyerahkan terus menyerahkan kepada kontraktor dan ada juga yang lebih gemar membina sendiri. Dengan kata lain mencari tukang dan membeli barang keperluan perumahan sendiri. Ada juga beberapa orang kawan-kawanku yang menyerahkan kepada individu yang dipercayai untuk menguruskan proses pembinaan rumah mereka di mana mereka akan memberi sedikit saguhati selepas kerja-kerja siap sepenuhnya.
Dari pengalaman aku kaedah terakhir ini lebih menguntungkan kepada mereka yang tidak ingin memenngkan kepala namun dapat memiliki sebuah rumah idaman yang lebih luas dan besar berbanding dengan kaedah membeli terus dari pemaju atau menyerahkan sepenuhnya kepada kontraktor.
Di sini saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan beberapa perkara atau maklumat bagi mereka yang ingin membuat pinjaman perumahan untuk membina rumah atas tanah sendiri. Jika belum mempunyai tanah, rakan-rakan boleh buat pinjaman beli tanah dan kemudian baru bina rumah.
Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah :
- Lantik peguam dan kontraktor untuk buat perjanjian pembinaan. Jika nak jimat, buat sendiri rumah tanpa menggunakan kontraktor tetapi perlu mempunyai ilmu atau mencari orang yang arif dengan memberikan sedikit ganjaran. Langkah ini lebih proaktif kepada rakan-rakan yang tidak mahir dalam selok-belok pembinaan kerana banyaka perkara yang perlu difikirkan dari awal sehingga akhir proses pembinaan sebuah rumah.
- Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
- Peguam boleh buat carian / "land search" di Pejabat Tanah Daerah jika ada sekatan pada tanah tersebut.
- Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri, tanah atas nama orang lain adalah tidak dibenarkan. jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan pecah lot, beli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah dan sebagainya.
- Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan. (tiada cagaran bank)
- Lantik akitek berdaftar untuk membina pelan dan dapatkan kelulusan daripada PBT. Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.
- Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan BPPP. Namun begitu proses kelulusan yang semakin lambat memerlukan kita mempunyai sedikit modal awal untuk memulakan proses pembinaan terutama yang tidak melibatkan kontraktor. Ada rakan-rakan yang hanya bermodalkan RM30 000, berjaya menyiapkan rumah impian mereka mengikut tempoh masa yang sepatutnya. Ada sesetengah rakan yang mempunyai modal sehingga RM 50 000 namun gagal untuk menyiapkannya dalam jangka waktu yang sepatutnya. Ini semua bergantung kepada proses pengurusan yang efisien untuk mengatur perbelanjaan dan pembayarana gaji tukang rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQVM