Kerja-kerja memasang papan lantai mula dilakukan oleh Baharudin. Anak jati Pulau Serai, Dungun. Masih muda. Umur dalam lingkungan 24 tahun. Mendapat latihan dan kemahiran melalui ayahnya yang baru sahaja meninggal pada bulan lepas. Kelihatannya kemahiran yang dimiliki tidak kurang hebatnya dengan tukang-tukang yang berpengalaman. Mungkin atas faktor 'berani' mencuba, menjadikan beliau seeorang tukang yang berkemahiran...
Namun, setelah kerja-kerja dilakukan dalam beberapa hari, menampakkan kerja-kerja yang agak kasar dan tidak mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja berbanding dengan tukang-tukang lain. Datang kerja lambat... jam 10.00 pagi baru kelihatan dan pulang awal memperlihatkan ragam anak muda yang tidak komited terhadap tugas yang perlu disiapkan... hasilnya akan kita lihat nanti.......
Alat untuk memaku papan kepada rasuk kayu dibawahnya.
Baharudin sedang memasang papan lantai di dalam bilik tidur utama dibantu anak saudara.
Ruang bilik tidur utama yang telah siap dipasang papan lantai
Baha sedang memasang lantai di ruang laluan ke dapur
Pandangan lantai kayu dari varandah ruang keluarga
Isteri bersama anak bungsu kami memerhati hasil kerja Baha di ruang lalauan masuk ke ruang keluarga dari ruang tamu.
Pandangan dari ruang da[ur / ruang makan
Pandangan dari varandah belakang
Hasil kerja yang telah siap pada fasa awal.
Fasa 2, memelas lantai dengan 'kertas pasir' menggunakan mesin
Baha menampal ruang-ruang antara papan dengan menggunakan "siler" sebelum langkah seterusnya dilakukan iaitu dengan melapiskan dengan vernis untuk lapisan pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQVM