Halaman

Isnin

MEMASANG PAPAN LANTAI FASA 1

Kerja-kerja memasang papan lantai mula dilakukan oleh Baharudin. Anak jati Pulau Serai, Dungun. Masih muda. Umur dalam lingkungan 24 tahun. Mendapat latihan dan kemahiran melalui ayahnya yang baru sahaja meninggal pada bulan lepas. Kelihatannya kemahiran yang dimiliki tidak kurang hebatnya dengan tukang-tukang yang berpengalaman. Mungkin atas faktor 'berani' mencuba, menjadikan beliau seeorang tukang yang berkemahiran...

Namun, setelah kerja-kerja dilakukan dalam beberapa hari, menampakkan kerja-kerja yang agak kasar dan tidak mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja berbanding dengan tukang-tukang lain. Datang kerja lambat... jam 10.00 pagi baru kelihatan dan pulang awal memperlihatkan ragam anak muda yang tidak komited terhadap tugas yang perlu disiapkan... hasilnya akan kita lihat nanti.......












 Alat untuk memaku papan kepada rasuk kayu dibawahnya.
 

 

 Baharudin sedang memasang papan lantai di dalam bilik tidur utama dibantu anak saudara.








 Ruang bilik tidur utama yang telah siap dipasang papan lantai




 Baha sedang memasang lantai di ruang laluan ke dapur


 
Pandangan lantai kayu dari varandah ruang keluarga

Isteri bersama anak bungsu kami memerhati hasil kerja Baha di ruang lalauan masuk ke ruang keluarga dari ruang tamu.



 
Pandangan dari ruang da[ur / ruang makan

 
Pandangan dari varandah belakang

 
Hasil kerja yang telah siap pada fasa awal.



 
Fasa 2, memelas lantai dengan 'kertas pasir' menggunakan mesin

Baha menampal ruang-ruang antara papan dengan menggunakan "siler" sebelum langkah seterusnya dilakukan iaitu dengan melapiskan dengan vernis untuk lapisan pertama.




SILING KAPOR

Berkonsepkan moden... semua parancangan diserahkan kepada tukang yang akan memasangnya. Dengan kadar upah sebanyak RM 5 000, Abdullah... seorang tukang dari Marang memulakan perancangan dan kerjabuat bersama Hanapi dan seorang lagi pembantu.

Kos barang dianggarkan lebih kurang RM 6000 menjadikan kos keseluruhannya hampir RM 11 000. Namun dari penilaian aku, kos barang yang dibeli di Wakaf Mempelam jauh lebih murah berbanding di Dungun. Teras siling kapur rumah, kami menggunakan struktur kayu memandangkan keterangan dari rakan-rakan yang menyatakan struktur besi agak 'lembut' serta cepat berkarat pada kawasan yang diselaputi kapur.

Pemasangan siling kapur oleh Abdullah dan rakan-rakannya mengambil masa selama 3 minggu. Secara keseluruhannya kami berpuashati.. namun ada beberapa tempat yang tidak sepertimana yang dihajati telah dibuat oleh Abdullah tanpa maklumkan terlebih dahulu kepada kami.....

Gambar akan diuploadkan kemudian....