LANGKAH 6: MENGIKAT BATU BATA UNTUK DINDING RUMAH
Anakanda Aiman sedang memerhatikan kawasan tapak rumah yang sudah dipenuhi pasir
Tukang sedang mengikat bata untuk dinding setelah tiang-tiang siap didirikan
Pandangan ruang dapur rumah
Batu bata yang dibeli dari Dendang Batu Bata dengan harga pasaran 42 sen sebiji. Namun aku memperolehi dengan harga 40 sen sahaja. Jadi, dapatlah kurangkan skit bajet berbanding dengan rakan-rakan lain walaupun hanya menggunakan lebih kurang 14 000 biji bata sahaja.
LANGKAH 7: MENURAP KONKRIT UNTUK RUANG LANTAI
Lantai rumah yang sudah diturap simen konkrit
Pandangan tapak rumah yang sudah diturap konkrit sepenuhnya
Pandangan kedua dari varandah keluarga
Pandangan ketiga dari varandah keluarga
Pandangan dari varandah depan
Beruntung tukang rumah kerana aku membeli 12 matrik padu simen 'ready mix' dari Anson dekat Paka. Kerja mereka menjadi lebih senang dan dapat menurap lantai dalam masa satu hari sahaja untuk sebuah rumah. Namun harga upah tidak juga berkurang walaupun mereka tidak membancuh / mengaul simen sendiri... Tak apalah. janji kerja beres...... Harga simen ready mix: RM185/matrik padu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQVM