Halaman

Sabtu

LANGKAH 14 REKA LETAK DAN SENTUHAN DALAMAN

LANGKAH 14: SENTUHAN DALAMAN


 Gambaran antara ruang makan dengan ruang keluarga menghala ke bilik utama (nampak pintu) dengan hiasan "sisir angin" di bahagian kiri dan kanannya.

Pandangan dari ruang makan yang menghadap jalan raya

Pandangan dari varandah ruang makan 

 
Pandangan dari varandah keluarga terus ke varandah bahagian belakang

LANGKAH 12 DAN 13 - KAYU 'RIL' ATAP

 LANGKAH 12: MEMASANG KAYU "RIL" UNTUK ATAP

 
 Tukang sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan ril untuk atap mengikut tarikh yang ditetapkan.

Kayu ril untuk atap hampir siap dipasang sepenuhnya.

 Atap berjenama "Monier Countor" berwarna "dark grey" yang di tempah di Aid Hoe Kuala Terengganu dengan harga RM2.05 sekeping telah sampai sepertimana yang dijangka.

LANGKAH 13: MEMASANG ATAP

 Atap bahagian depan rumah hampir penuh dipasang

 Pandangan hadapan rumah yang telah siap dipasang atap Monier Countor


 


 
 Anak ketika yang berani telah berjaya memanjat bahagian atap menara tangki air untuk melihat sendiri pandangan dari atas.


LANGKAH 10 DAN 11: MEMASANG KEKUDA KAYU



 Kelihatan menara tangki air sedang dalam proses pembinaan.




 Kepala tukang (Sharoni) memerhatikan anak buahnya memasang kekuda kayu.


 Tiang rumah yang menggunakan kayu 2" x 5". Hati agak terkilan kerana tukang enggan menggunakan kayu 5" x 5" sebagai tiang tengah.

Pandangan kekuda kayu dari dalam rumah (ruang keluarga)

 Pandangan hadapan yang menghadap jalan 

 Tukang sedang sibuk memasang kekuda kayu di atas bilik 3

Pandangan dari dalam bumbung rumah yang sedang disiapkan yang bakal dijadikan loteng






























Jumaat

LANGKAH 8 DAN 9 : IKAT BATA DAN KONKRIT BEAM

 LANGKAH 8: MENGIKAT BATA DAN MENYIAPKAN DINDING RUMAH





LANGKAH 9: KONKRIT BAHAGIAN 'BEAM' ATAS RUMAH

Pemasangan stuktur beam ni perlu untuk menampung beban dinding bata diatas tingkap dan pintu. Pemasangan sama seperti buat "ground beam"

 Pandangan ruang dapur basah

 Tukang sedang memasang playwood untuk 'beam' bahagian atas

 Pandangan ruang dapur dari dalam rumah

 Pandangan hadapan pintu masuk dan bilik utama kami yang agak sukar bagi tukang untuk diselesaikan

 Jiran sebelah (En. Helmi dan Pn. Salmah) datang berkunjung melihat perkembangan pembinaan rumah kami

Pandang hadapan rumah setelah selesai konkrit penuh 

Varandah untuk ruang tamu






















Khamis

LANGKAH 6 DAN 7 : IKAT BATA DAN KONKRIT LANTAI


LANGKAH 6: MENGIKAT BATU BATA UNTUK DINDING RUMAH


Anakanda Aiman sedang memerhatikan kawasan tapak rumah yang sudah dipenuhi pasir

Tukang sedang mengikat bata untuk dinding setelah tiang-tiang siap didirikan

Pandangan ruang dapur rumah

Batu bata yang dibeli dari Dendang Batu Bata dengan harga pasaran 42 sen sebiji. Namun aku memperolehi dengan harga 40 sen sahaja. Jadi, dapatlah kurangkan skit bajet berbanding dengan rakan-rakan lain walaupun hanya menggunakan lebih kurang 14 000 biji bata sahaja.


LANGKAH 7: MENURAP KONKRIT UNTUK RUANG LANTAI

Lantai rumah yang sudah diturap simen konkrit

Pandangan tapak rumah yang sudah diturap konkrit sepenuhnya

Pandangan kedua dari varandah keluarga

Pandangan ketiga dari varandah keluarga

Pandangan dari varandah depan

Beruntung tukang rumah kerana aku membeli 12 matrik padu simen 'ready mix' dari Anson dekat Paka. Kerja mereka menjadi lebih senang dan dapat menurap lantai dalam masa satu hari sahaja untuk sebuah rumah. Namun harga upah tidak juga berkurang walaupun mereka tidak membancuh / mengaul simen sendiri... Tak apalah. janji kerja beres...... Harga simen ready mix: RM185/matrik padu...




LANGKAH 4 DAN 5 MENDIRIKAN TAPAK RUMAH

Anakanda Ammar dan Ashilah sedang bermain dalam kawasan tapak rumah bersama anak jiran sebelah (Mukri)

 Mengikat bata untuk menambah ketinggian tapak rumah

Menambah 1 kaki ketinggian tapak rumah supaya menjadi 3 kaki setelah tapak asal telah dikonkrit

Sebahagian pasir yang telah dimasukkan awal memandangkan kawasan rumah yang sempit untuk meletakkan pasir

 
Tiga bata ditambah untuk menjadikan 3 kaki ketinggian tapak rumah

Mamasukkan pasir ke dalam tapak rumah yang telah dinaikkan sekaki menggunakan dua buah 'keh'

Mendirikan tiang rumah setelah tapak rumah sudah dipenuhi pasir

Tukang sedang sibuk mendirikan tiang-tiang rumah