21. PLASTER DINDING DALAM
Ruang dapur dan bilik anak-anak menjadi kawasan permulaan.
22. MEMBINA PAGAR DEPAN
Dalam pada itu aku telah berbincang dengan kepala tukang (Sharoni) tentang hasrat untuk membina pagar hadapan rumah memandangkan tempat meletak meter suiz elektrik terlalu rendah dan tak berapa selamat kepada anak-anak. Jadi meletakkan meter elektrik di pintu pagar utama menjadi pilihan kerana bentuk pintu pagar bertiang besar adalah dalam perancangan awal. Selain itu, .kerisauan isteriku tentang ruang pandang yang 'direct' ke dalam rumah melalui pintu ruang tamu dan ruang makan yang terbuka. Sharoni meminta harga upah sebanyak RM2700 untuk pagar berukuran 110 meter panjang iaitu pada kadar RM24.50 sekaki. Namun aku telah menambah RM300 lagi menjadikan RM3000 untuk jumlah ukuran yang sama kerana aku ingin mereka menyiapkan dengan kadar segera. Lagipun aku rasa kos upahnya terlalu rendah berbanding dengan jiran aku.
Pada keesokannya, mereka terus melakukan kerja-kerja awal untuk membina pagar. Designnya simple aje.
Pintu Utama masuk ke rumah
Tiang pintu pagar yang besar adalah idea yang timbul ketika melihat pagar kakak sepupu (Kak Long Lina) di Bukit Tunggal
Pintu pagar depan rumah Kak Long Lina