Halaman

Jumaat

LANGKAH 21 DAN 22 PLASTER DALAM DAN BINA PAGAR

21. PLASTER DINDING DALAM







Ruang dapur dan bilik anak-anak menjadi kawasan permulaan.

22. MEMBINA PAGAR DEPAN

Dalam pada itu aku telah berbincang dengan kepala tukang (Sharoni) tentang hasrat untuk membina pagar hadapan rumah memandangkan tempat meletak meter suiz elektrik terlalu rendah dan tak berapa selamat kepada anak-anak. Jadi meletakkan meter elektrik di pintu pagar utama menjadi pilihan kerana bentuk pintu pagar bertiang besar adalah dalam perancangan awal. Selain itu, .kerisauan isteriku tentang ruang pandang yang 'direct' ke dalam rumah melalui pintu ruang tamu dan ruang makan yang terbuka. Sharoni meminta harga upah sebanyak RM2700 untuk pagar berukuran 110 meter panjang iaitu pada kadar RM24.50 sekaki. Namun aku telah menambah RM300 lagi menjadikan RM3000 untuk jumlah ukuran yang sama kerana aku ingin mereka menyiapkan dengan kadar segera. Lagipun aku rasa kos upahnya terlalu rendah berbanding dengan jiran aku.

Pada keesokannya, mereka terus melakukan kerja-kerja awal untuk membina pagar. Designnya simple aje.




Pintu Utama masuk ke rumah

Tiang pintu pagar yang besar adalah idea yang timbul ketika melihat pagar kakak sepupu (Kak Long Lina) di Bukit Tunggal


Pintu pagar depan rumah Kak Long Lina 





Selasa

LANGKAH 19 DAN 20: POTONG ATAP DAN PASANG "VENTILATION FAN'

19. MEMOTONG ATAP BAHAGIAN LURAH DAN PERABUNG 

 Tukang sedang memasang perabung di bahagian bumbung atap


Mengemaskan bahagian lurah atap 

Mengemaskan bahagian lurah atap perlukan perhatian kerana jika potongan atap tidak betul, rupa bentuk atap nampak cacat. Alhamdulillah, setelah diberikan peringatan, tukang memberikan perhatian yang lebih sehingga potongan atap nampak lebih kemas berbanding rumah-rumah yang telah dibuat.

20. MEMASANG VENTILATOR

Pemandangan dari belakang rumah setelah tukang siap memasang ventilation.

Hari ni sibuk skit sehingga tidak sempat mengambil gambar ketika tukang memasang ventilation di bahagian atas bumbung. Datang pada sebelah petang ketika ingin membuat pembayaran gaji, ternampak ventilation yang telah siap dipasang. Nampak kemas dan berfungsi dengan baik. Kelihatan warnanya menyamai dengan warna atap. Harga ventilation ini hanya RM150 sahaja dan ditambah RM50 untuk kos mengecat.

Warna asal ventilation sebelum dicat.


Biasanya suhu di dalam rumah akan cepat panas terutamanya pada waktu tengahari selama berjam-jam lamanya sebelum menyejuk pada waktu malam.Di sebabkan bahang panas yg terperangkap di dalam bumbung rumah dan MED akan terkepung di dalam rumah. Satu cara yg berkesan untuk mengurangkan MED dan kepanasan di dalam rumah ialah dengan memasang 'ventilation fan'. Ia di output kepada susunan ventilator dan berfungsi dengan mengalirkan bahang atau udara panas dari dalam ke luar rumah. Beberapa faedah yang kita dapat dengan memasang kipas ventilator ini di rumah kita iaitu:
  1. Menyaman dan menyegarkan udara serta menghilangkan bau dalam rumah 
  2. Tidak menggunakan elektrik, Jimat kos perbelanjaan
  3. Tanpa penjagaan, penyelenggaraan dl percuma 
  4. Sesuai untuk mereka yang alah kepada habuk seperti asma 
  5. Harga yang murah. 
  6. Sesuai untuk rumah dan juga kilang 
  7. 100% aluminium atau keluli tahan karat






GAMBAR-GAMBAR HIASAN


Anakanda Ammar dan Ashilah bergambar berlatar belakang kerja-kerja memasukkan pasir ke dalam tapak rumah

  
Kami terpaksa menangguhkan kerja pembinaan untuk ke Melaka, menghantar anakanda Along (Aina) yang sedang menuntut di Utem kerana berpindah ke asrama baru

 Pandangan dalam asrama baru anakanda Along yang lebih selesa di bangunan Emerald berbanding asrama lama yang agak sempit.

 Bersama tukang plaster (Saudara Yo) dinding berbentuk papan di salah sebuah rumah yang telah disiap di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu

Pagi Jumaat, kami datang berekreasi dengan mendaki Bukit Bauk, Dungun

Isteri tercinta sedang seronok bermain pasir 'kotor' yang akan dimasukkan ke dalam tapak rumah.




Rabu

LANGKAH 18: MENARA TANGKI AIR

LANGKAH 18: MENYIAPKAN MENARA TANGKI AIR



Pandangan bahagian atas menara yang letaknya di atas tandas bilik utama sebelum kerja-kerja menyiapkan tingkat kedua yang juga tempat meletakkan tangki air.

Keberanian anak perempuan kami yang berjaya naik sendiri untuk melihat sendiri pemandangan atas rumah kami.



LANGKAH 17 : PENDAWAIAN ELEKTRIK

LANGKAH 17: MEMASANG 'CASING' BAGI PENDAWAIAN ELEKTRIK
































LANGKAH 15 DAN 16 PERPAIPAN DAN RUANG TAMBAHAN

LANGKAH 15: SISTEM PERPAIPAN DALAM RUMAH

Memahami sistem bekalan air di rumah merupakan kemestian untuk setiap isi rumah, sebab tanda -tanda bekalan air terputus sepatutnya kita sudah kenalpasti awal berdasarkan kepada aliran air di sinki terputus. Maka sekiranya perkara ini terjadi, anda seharusnya bersedia untuk menggunakan air pada kadar yang jimat supaya bekalan air di dalam tangki tidak kehabisan untuk tujuan yang lebih penting seperti memasak dan mengangkat hadas.

Berikut merupakan sistem bekalan air dan sistem tangki yang digunapakai dirumah.

Sistem Bekalan Air di Rumah
Terdapat dua cara sistem bekalan air di rumah
  1. Sistem terus - bekalan air dibekalkan dari paip perkhidmatan terus ke seluruh kelengkapan paip di rumah. 
  2. Sistem tak terus - bekalan air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan dan pili   dapur.

http://tukangpaip.files.wordpress.com/2012/09/sistem-bekalan-air-paip-dirumah1.jpg 
Sistem bekalan air di rumah

Tangki Simpanan Air
  •  Kegunaan : menakung air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di dalam rumah-rumah.
  •  Diperbuat daripada : kepingan besi galvani, gentian kaca atau plastik poli (HDPE).

Sistem tangki air rumah


 Dalam tandas bilik utama yang berukuran 5' x 8'

Hasil kerja yang kemas dari Wan paip dan anak-anak buahnya

 
 Sistem perpaipan dalam bilik air ke dua 

 Sistem perpaipan dalam bilik air ke tiga


 Sistem perpaipan untuk sinki ruang tamu

Sistem perpaipan untuk sinki dapur 

Anak bungsu kami (Ammar) memriksa sistem perpaipang dalam bilik air ke tiga

Sistem perpaipang untuk mesin basuh yang kemudiannya terpaksa dipindahkan ke varandah bahagian belakang

LANGKAH 16: MEMBUAT PENAMBAHAN BAHAGIAN BELAKANG

 Tambahan varandah dan menarik keluar ruang tandas ketiga

 Tambahan 6' x 7' untuk tandas dan 6' x 18' untuk varandah belakang rumah

 Pandangan belakang rumah dengan basic bing untuk tambahan varandah dan tanda